Sunday 22 July 2018

# food review # Penang

NASI KANDAR PALING SEDAP DI PENANG!

I am in penang....yeayyy!



Ok, tak perlu nak yeayy sgt lah ye.

Datang penang bukan sebab nak jalan-jalan pun. Tapi ceq mai penang ni sebab ada exam practical dekat Allied Health Science institute, Sungai Pinang.

Tak tau datang angin kot mana, tetiba ada rasa teringin nk makan nasi kandar penang.

Selama ni kita memang x makan sgt nasi kandar.

Kalau mai penang pn paling kuat akan makan nasi briyani claypot kapitan. Pernah jugak rasa nasi kandar kampung melayu, tapi x kena dengan tekak jugak...hmmm.

Tekak pure melayu, x dpt appreciate selera mamak agaknya.

Kita ajak husband mai teman, tp dia ada hal, makanya kita pun drive la ke penang sendiri.

Sanggup x makan tengahari kat rumah sebab tgh on calorie counting diet. Kalau ikutkan sepinggan nasi kandar bersamaan 996cal dan total keperluan kalori kita sehari untuk weight loss adalah 1200cal je.

So for this trip, I stay dekat summer tree hotel, jalan ranggoon. Booking last minute kat booking.com, rm170/Night...hotel ni comel, x mewah tapi selesa.

Bila dah lapaq, sesat pulak mula lah nk bebai. Husband call pn kita nangis2 ckp husband x syg biarkan kita lapar...padahal diri sendiri yg cari pasal...kahkahkah!

Ok, back to nasi kandar.

Kita ni buntu lah nak cari nasi kandar yg sedap kat mana di penang ni. So end up kita search google. Keluar lah list kedai nasi kandar di penang. And i choose kedai yg paling banyak bintang!



NASI KANDAR DEEN MAJU


Nampak x org tgh beratur tu?
Punya la seram kita tgk line tu...so end up kita p check in hotel dulu. Kemudian baru mai pulak.

Bila sampai kali ke dua, line masih panjang!
Tapi sebab dah pasang niat dari rumah kann...kita bertabah jugak lah masuk barisan.



Takde lah lama mana pun beratur ni rupanya. 20minit dah sampai depan. Tukang cedok lauk dia memang cekap..sap..sap..sap dah siap

Kita ambil lauk nasi kandar ayam goreng berempah + sayur kobis goreng + telur sotong + kuah campur bungkus asing ( kita ambil langkah berjaga2 takut x sedap).

Total RM12, mahal ke murah tu? Ok kot noo harga tu...

Ayam goreng dia mmg di goreng panas2 kat tepi tu. Bau dia menusuk kalbu. Sambil beratur tu mendidih je asid dlm perut ni tau.
 Yang paling penting, kedai ni tak bukak 24jam. Jadi dari segi kebersihan lebih terjamin.

Maksudnya, diorg ada masa untuk bersihkan kedai dan cuci peralatan berbanding kedai nasi kandar yang beroperasi 24jam. Itu teori kita je lah, x nak percaya nasib lah korang.

Nin diaaaa nasi kandar pilihan kita. Ya Allah..tgk gambar pn dah meleleh ayaq lioq. Sedap sungguh, wajar la dia dapat 4 bintang. Kita bungkus je..sebab kita x suka makan xde teman, so tapau balik mkn kat hotel je...
(kuah campur x nampak sebab dh bungkus asing)

Sekian review nasi kandar tersedap di penang. Nanti kita review benda lain pulak ya.

Love,
Aishah


No comments:

Post a Comment