Monday 23 July 2018

# food review # Penang

MAKAN SEDAP DI PENANG

Dalam previous post, kita dh cerita nasi kandar sedap yg boleh diterima tekak melayu kita ni.

Hari ni nak sambung sikit kita punya last day food hunt di penang.

Food hunt la sgt, 
Sebenarnya teringin je, sambil melayan kebosanan sebab datang penang sensorang.

Lepas je kita check out dari hotel. Terus kita waze astaka taman tun sardon.


Taman Tun Sardon ni kat bayan lepas, so bila nk menuju ke jambatan pulau pinang tu boleh la singgah kat sini.

Dekat sini famous dengan sarapan pagi citarasa melayu asli penang. Ada serabai, ada sandwich, dan yang paling istimewa nasi lemuni.

Kita dah lama tau kempunan nasi daun lemuni. Nasi ni makanan tradisi orang utara. Sedap! Tapi x ramai dh orang buat.

Sebab kan hari ni hari isnin, jadi tak banyak kedai yang bukak. So, korang beringat lah..kalau nak datang breakfast kat sini, jangan datang hari isnin tau. Rugi besar.....

Tapi....
Kita bernasib baik, sebab gerai jual nasi bungkus daun lemuni buka hari ni. Rm1.50 sebungkus. Ada lauk telur dan telur+ikan. Kita beli 4 bungkus, tapau untuk makan kat rumah nanti.


Nyums!
Kenapa ada ayam goreng?
Haaa....jap lagi kita cerita.

Depan astaka tu pulak ada gerai jual popia, gerainya baru nak set up jam 11 pagi. Tapi kita perati makcik tu prepare kuah popia basah, nampak sgt pekat dan menyelerakan. Jadi kita pun order lah rm6, dapat 12 ketul.



Memang sedap sungguh, kita tak tipu. Dalam kereta pun dah habis 4 ketul.


Dah makan baru fikir kalori. Total kalori popia basah ni dalam 160-200cal.

Di sebabkan dh alang-alang ada di penang ni, ada satu lagi tempat makan terakhir yg kita rasa perlu kita pi.

CARGAS CAFE!

Sebenarnya, kita terpengaruh dengan video 'laparpo'. Nampak surr sangat ayam goreng cargas cafe ni. So kita lajak ke depan sikit, tapi masih di area bayan lepas.



Cafe ni dok bawah fly over, tapi kalau waze akan sampai ja. Agak-agak nampak kereta banyak parking tepi jalan bawah fly over tu, itu lah dia.

Kita mai ni nak tapau ayam goreng ja. Gigih kan? Hahaha..



Ini lah dia, ayam goreng cargas kafe yang kita tapau untuk makan bersama nasi lemuni tu. Lauk2 lain pun nampak sedap. Tapi cukup lah ayam goreng untuk menghilangkan kempunan.

Ayam goreng dia rangup, berperisa dan besaq. 4 ketul rm16.80.

Kalau hangpa rasa teringin makan makanan melayu penang , dah muak makan nasi kandar, boleh la try makan di sini pulak.

Kita dah nak balik ni, next time kita angkut suami pulak JJCM di Penang k.

Love
Aishah





No comments:

Post a Comment