Tuesday 3 July 2018

# beauty tips # skincare

CABARAN WANITA MENJAGA KECANTIKAN KULIT MENGIKUT PERINGKAT UMUR



Usia Remaja

Musuh utama mereka di usia ini adalah masalah jerawat. hormon tubuh mula bertindak berleluasa setelah mencapai akil baligh. Ajar diri untuk tidak menyentuh kulit muka jika tangan  tidak dicuci sebetulnya. Elak daripada memicit kerana akan jadikan kulit luka dengan teruk.

Usia 20-an

Walaupun darah masih muda pada ketika ini, kulit pula baru mula ingin mengenali dunia sebenar, terdedah dengan pencemaran persekitaran, saat ni lah kulit bakal mula menunjukkan tanda-tanda awal penuaan. Hormon tubuh juga masih belum  seimbang dan ramai yang masih tidak memahami dengan masalah kulit sendiri.

Usia 30-an

Peringkat umur ini sebenarnya juga akan tunjukkan tanda-tanda penuaan, bagi para wanita berkerjaya terutama yang sibuk uruskan urusan harian tanpa fikirkan kesihatan kulit wajah, boleh dapat kesan-kesan penuaan yang teruk seperti garis halus di bahagian dahi, mata serta mulut, benjolan di sekitar perut juga paha. Penampakan garis-garis urat pada sekitar wajah dan tubuh mula kelihatan serta-merta.

Usia 40-an

Kulit masa umur ni akan nampak perubahan yang ketara. Kulit mula memberi reaksi seperti mula kendur akibat daripada tarikan graviti, hilangnya keanjalan kulit, garis kedutan muncul mendadak akibat tarikan daripada otot-otot  sekitar wajah.

Usia 50-an

Langkah yang paling penting apabila sampai pada peringkat umur ini, kesihatan diri harus diberi lebih perhatian. Rajinkan bersenam, mengamalkan diet seimbang serta mengadakan rawatan pemeriksaan di hospital dengan kerap. Tahukah anda potensi menghidap penyakit kanser kulit amat tinggi pada umur ni? Seeloknya elakkan diri daripada terdedah dengan cahaya matahari terik yg panas.

#beautytips #skincare #youth

No comments:

Post a Comment