Friday 27 July 2018

# diving # tioman

HARI RAYA DI TIOMAN

Its been a long due post,

Dah nak masuk raya haji dah pun. Tapi lets make some time untuk tulis all this experience okay.
Kita jumpa husband kita pun masa pergi diving trip. Since then kita akan join husband kita dan kawan-kawan dia pergi menyelam. ( we even had underwater wedding ...sponsored by his friends). Diorang tubuhkan kelab menyelam "Nusantara Diver's Club". Kita tak adalah nak kata hobi sangat, cuma sekadar suka-suka.

So trip kali ni, kawan baik husband kita yang plan. Abg Lan had been his best buddy sinces ages, macam belangkas. Kita pun kadang-kadang jeles dengan Abg Lan.

So, off we go to Tioman!

Raya ke empat kitorang konvoi dari KL ke Jeti Tanjung Gemok. Total kitorang 6 buah kereta. Lalu ikut jalan kampung yang sunyi. Gerak pukul 12 malam, sampai jeti dalam jam 5pagi. Itu pun lepas beberapa pit stop untuk mengopi. Tugas kita menyanyi dalam kereta dan sembang with husband to keep him awake.






Kami pilih untuk stay di Salang. Sebab katanya Jeti Salang ada school of fish yang cantik. So shore dive will be worth it. Tiket dari Jeti Tanjung Gemok ke Jeti Salang RM 75 return. Feri dia macam feri langkawi, cuma lebih buruk kot. Kematu bontot sepanjang 2 jam perjalanan feri tu. tak tau lah berapa round tido. Ada option untuk feri yang lebih cantik tapi kena tempah awal dan lebih mahal lah.








Kami sampai di Salang jam 11 pagi. Menginap di Salang Mutiara. Bilik Fan RM55 dan bilik aircond RM 135. Kita pilih bilik aircond sebab kita ada instinct yang bilik kat sana will be musty and old. I was right. Memang bilik dia buruk, at least aircond room slightly better. Jauh pulak dari jeti. Kami kena menapak sampai lenguh kaki. Tapi kat situ ada privacy dan nasi goreng dia semua sedap.




So guys...I dont recommend Salang Mutiara. kalau korang nak pergi, maybe boleh try Salang Indah. Harga bilik adalah standard between RM135-200.

Kami dive dengan marinemonkees. Syok dive dengan diorg. Sangat profesional dan dive instructor AJ sangat best dan easy to get along with. Our first dive semestinya di Jeti Salang. Subhanallah, ikan sangat banyak!

The next morning, kitorang breakfast di medan selera sebelah jeti. nasi lemak kat situ sangat sedap okay. Tapi jangan pergi lambat, nanti habis.

On this 2nd day kami turun ke labas dan batu malang. We saw penyu and sotong, ada shark dan baracuda jugak, tapi kita tak nampak. I love the dive site, especially labas, sebab banyak gua, syok oo layan gua, towards the end kena current pulak. kita kayuh punya kayuh tapi tak lepas nak masuk gua. My husband signal yang his oksigen dah 50, so kita pun ambil keputusan untuk resurface dengan dia.





The next day is the day yang kitorang semua decide untuk pakai baju kebangsaan turun ke laut. Our dive spot for 3rd day is Renggis. Meriah dan havoc. Renggis banyak coral cantik. Tapi when we resurface, hujan lebat menanti. Dengan kilat sabung menyabung. Seram jugak, tapi seronok. Ini 1st time merasa hujan ribut di tengah laut.










Petang nya kitorang layan bawah jeti salang sekali lagi, sebab Zaraa anak Abg Lan nk buat discovery scuba. Power Zaraa.






Oh, time last dive ni la jugak, kita lupa buka tank oksigen dan hampir lemas. Nasib baik la kat jeti je, kita kayuh slow2 naik ke jeti untuk buka tank before turun semula. Dan bila turun tu I was alone, time ni bebai dengan husband. Bila kita sampai kat husband kita sembunyi bawah tiang jeti, sambil air mata penuh dalam mask, tak nak kawan dengan dia. Husband datang tarik tangan kita, pegang tak lepas. Bila di fikirkan balik, kelakar pun ada...haha!

Aktiviti malam terakhir adalah, BBQ! yeayy... I love makan-makan. Dive centre tu ada bagi beberapa ekor ikan, sedap makan ikan fresh dari laut. Kitorang berborak sampai tengah malam dan main mercun.



Next day, kemas-kemas dan catch the afternoon ferry jam 1 tengahari. Tamatlah sudah dive raya kami. I miss all of them, diorg macam family. Until next time.

(most of my picture dlm pendrive, hmm...where is it?)

Love,
Aishah


No comments:

Post a Comment