Monday, 30 July 2018

RESEPI POPIA OLD SCHOOL PALING MUDAH DAN SEDAP

July 30, 2018 0 Comments
Sebenarnya, kita teringin nak makan popia carbonara yang tengah viral tu.
Tapi kang kalau tak sedap macam mana.
Family kita bukan jenis yang suka mencuba makanan baru. Nanti takde orang makan pulak.

So kita pun decide untuk buat popia oldschool saja. Apasal oldschool?
Sebab ni popia basic je. Intinya mudah dan ringkas.




Bahan-Bahan :
1. Kulit popia
2. Bawang Holand 1/2 biji dipotong dadu ( kalau korang nak guna bawang negara lain pon boleh, xde masalah)
3. Karot sebatang di sagat halus
4. Sebiji sengkuang saiz kecil disagat halus
5. Daun sup potong halus
6. 1 kiub ayam
7. 1 sudu besar serbuk lada hitam
8. Ayam/ daging cincang 1/2 paket

Cara-Cara :
1. Panaskan 1 senduk minyak
2. tumis bawang holang.
3. Masukkan ayam/ daging cincang.
4. Masukkan sngkuang dan karot.
5. Masukkan kiub ayam dan lada hitam serta perasakan dengan garam.
6. Tabur daun sup
7. Bila dah sejuk bahan inti, boleh la mula menggulug popia ikut bentuk yang anda suka. ( gunakan bancuhan tepung jagung untuk lekatkan balutan popia ) boleh letakkan kepingan cheese kalau suka
8. Goreng popia, then siap untuk dimakan.




Simple je kan?
Bahan ni cukup untuk 50 biji popia. Korang boleh buat jual atau makan puas2. Selamat mencuba



**Tips untuk taknak bagi kulit popia keras masa kita tengah balut, kena tutupkan kulit popia dengan kain basah.

Love,
Aishah

Friday, 27 July 2018

HARI RAYA DI TIOMAN

July 27, 2018 0 Comments
Its been a long due post,

Dah nak masuk raya haji dah pun. Tapi lets make some time untuk tulis all this experience okay.
Kita jumpa husband kita pun masa pergi diving trip. Since then kita akan join husband kita dan kawan-kawan dia pergi menyelam. ( we even had underwater wedding ...sponsored by his friends). Diorang tubuhkan kelab menyelam "Nusantara Diver's Club". Kita tak adalah nak kata hobi sangat, cuma sekadar suka-suka.

So trip kali ni, kawan baik husband kita yang plan. Abg Lan had been his best buddy sinces ages, macam belangkas. Kita pun kadang-kadang jeles dengan Abg Lan.

So, off we go to Tioman!

Raya ke empat kitorang konvoi dari KL ke Jeti Tanjung Gemok. Total kitorang 6 buah kereta. Lalu ikut jalan kampung yang sunyi. Gerak pukul 12 malam, sampai jeti dalam jam 5pagi. Itu pun lepas beberapa pit stop untuk mengopi. Tugas kita menyanyi dalam kereta dan sembang with husband to keep him awake.






Kami pilih untuk stay di Salang. Sebab katanya Jeti Salang ada school of fish yang cantik. So shore dive will be worth it. Tiket dari Jeti Tanjung Gemok ke Jeti Salang RM 75 return. Feri dia macam feri langkawi, cuma lebih buruk kot. Kematu bontot sepanjang 2 jam perjalanan feri tu. tak tau lah berapa round tido. Ada option untuk feri yang lebih cantik tapi kena tempah awal dan lebih mahal lah.








Kami sampai di Salang jam 11 pagi. Menginap di Salang Mutiara. Bilik Fan RM55 dan bilik aircond RM 135. Kita pilih bilik aircond sebab kita ada instinct yang bilik kat sana will be musty and old. I was right. Memang bilik dia buruk, at least aircond room slightly better. Jauh pulak dari jeti. Kami kena menapak sampai lenguh kaki. Tapi kat situ ada privacy dan nasi goreng dia semua sedap.




So guys...I dont recommend Salang Mutiara. kalau korang nak pergi, maybe boleh try Salang Indah. Harga bilik adalah standard between RM135-200.

Kami dive dengan marinemonkees. Syok dive dengan diorg. Sangat profesional dan dive instructor AJ sangat best dan easy to get along with. Our first dive semestinya di Jeti Salang. Subhanallah, ikan sangat banyak!

The next morning, kitorang breakfast di medan selera sebelah jeti. nasi lemak kat situ sangat sedap okay. Tapi jangan pergi lambat, nanti habis.

On this 2nd day kami turun ke labas dan batu malang. We saw penyu and sotong, ada shark dan baracuda jugak, tapi kita tak nampak. I love the dive site, especially labas, sebab banyak gua, syok oo layan gua, towards the end kena current pulak. kita kayuh punya kayuh tapi tak lepas nak masuk gua. My husband signal yang his oksigen dah 50, so kita pun ambil keputusan untuk resurface dengan dia.





The next day is the day yang kitorang semua decide untuk pakai baju kebangsaan turun ke laut. Our dive spot for 3rd day is Renggis. Meriah dan havoc. Renggis banyak coral cantik. Tapi when we resurface, hujan lebat menanti. Dengan kilat sabung menyabung. Seram jugak, tapi seronok. Ini 1st time merasa hujan ribut di tengah laut.










Petang nya kitorang layan bawah jeti salang sekali lagi, sebab Zaraa anak Abg Lan nk buat discovery scuba. Power Zaraa.






Oh, time last dive ni la jugak, kita lupa buka tank oksigen dan hampir lemas. Nasib baik la kat jeti je, kita kayuh slow2 naik ke jeti untuk buka tank before turun semula. Dan bila turun tu I was alone, time ni bebai dengan husband. Bila kita sampai kat husband kita sembunyi bawah tiang jeti, sambil air mata penuh dalam mask, tak nak kawan dengan dia. Husband datang tarik tangan kita, pegang tak lepas. Bila di fikirkan balik, kelakar pun ada...haha!

Aktiviti malam terakhir adalah, BBQ! yeayy... I love makan-makan. Dive centre tu ada bagi beberapa ekor ikan, sedap makan ikan fresh dari laut. Kitorang berborak sampai tengah malam dan main mercun.



Next day, kemas-kemas dan catch the afternoon ferry jam 1 tengahari. Tamatlah sudah dive raya kami. I miss all of them, diorg macam family. Until next time.

(most of my picture dlm pendrive, hmm...where is it?)

Love,
Aishah


Thursday, 26 July 2018

BUNGA AJAIB AHLI SIHIR

July 26, 2018 0 Comments
Korang pernah tengok 'tangled'?

Dalam cerita tu ada seorang ahli sihir tua ni yang akan menyanyi-nyanyi pada sekuntum bunga sambil sapu aura bunga tu ke muka. Selepas beberapa minit kulit muka ahli sihir yang berkedut tu bertukar jadi cantik, muda remaja.

Image may contain: 1 person, night

Image may contain: 1 person, smiling, night and fire

Sejak zaman dulu-dulu lagi manusia dah menggunakan kuasa bunga atau ekstrak tumbuhan sebagai bahan antipenuaan. Walaupun di zaman moden ni, kajian menunjukkan bunga-bungaan memang mempunyai bahan aktif yang boleh meremajakan kulit.

YOUTH dari Shaklee telah terhasil setelah 8 tahun kajian klinikal. YOUTH terhasil dengan kuasa botani, yang hanya menggunakan 100% bahan aktif dari tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.





Salah satu daripada bunga-bungaan dalam YOUTH adalah Lotus Japonicus. Mengikut kajian, ekstrak dari bunga ini mampu mengaktifkan protein youth yang penting untuk penghasilan kolagen dan elastin.


                           Image may contain: flower, plant and nature   
                             (sama tak macam bunga ahli sihir?)
             Image may contain: text

YOUTH bebas dari bahan kimia, malah YOUTH ni tak ada 2500 bahan kimia yang kita selalu jumpa dalam skincare harian tu. Tapi YOUTH masih mampu memberi kesan yang sangat power kepada kulit kita. Macam magik!



Sebabnya, kesemua tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang Shaklee pilih untuk menghasilkan YOUTH adalah tumbuhan dan bunga yang power. Yang ditanam secara organic, bersumberkan semulajadi tidak mengandungi racun, dituai pun secara organik. Hanya bahan-bahan berkualiti sahaja dipilih. Shaklee tak berkompromi dalam kualiti.







Hasilnya, setelah 8 tahun kajian klinikal tyang terperinci 100% wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit yang lebih muda. 2 dari 3 orang dari mereka dapat kulit 10 tahun lebih muda tau. Dan tahap keremajaan kulit diorang ni diukur secara objektif menggunakan  "Skin Age Index" yang mana YOUTH menrupakan satu-satunya skincare yang jadikan skin age index ni sebagai penanda aras.

Formulasi YOUTH ni dah dipatenkan tau. Secara keseluruhan YOUTH ada 8 paten dan patent-pending. Jadi korang tak akan dapat kualiti yang sama dari mana-mana produk skincare yang lain.

Kita dah pakai 6 bulan tau, and I'm loving it!


Image may contain: 2 people, people smiling, text

PM kita di link ni untuk pembelian atau maklumat lanjut : www.wasap.my

**YOUTH adalah produk premium, kualiti tak tertanding dengan produk tempatan apatah lagi produk timbang kilo. You will pay for the quality and i'm sure u will be one happy customer.


Love,
Aishah

Tuesday, 24 July 2018

MY LUNCH BOX

July 24, 2018 0 Comments
This lunch box deserve a review.

Kita kerja long hours tau. Sometimes 14 jam direct. Masuk pukul 8am, balik 10pm. Mana ada masa nak makan atau keluar lunch. kesian kan?

Tapi kita ni sejenis suka sangat makan homecooked meal. Ada hari yang kita bawak bekal mangkuk tingkat. Kita tak suka makan kedai, cepat muak, mungkin banyak ajinomoto dan perisa kot. Sekali sekala tu boleh la layan. tapi kalau dah hari-hari kita tak sanggup. Boooring!

So, at one time tu kita try google up food COD kawasan Perlis ni. I found one yang menunya nampak menarik dan harga not bad.

RM 6 untuk set lunch, ada nasi, 2 jenis lauk, satu jenis sayur dan buah. Kadang-kadang ada tambahan begedil atau tauhu. Free COD untuk 2 set.

(orang perlis boleh cuba, no phone dan facebook page dia seperti yang tertera)


wow!
murah kan..

Setiap kali  kita kerja direct 2 shift (total of 14 jam) kita akan order dari akak ni. 1 set for lunch at 12pm, 1 set I keep it for dinner at 6pm. Delivery dia memang sentiasa on time. Jam 10.30 memang dah sampai, so i can have early lunch atau brunch terus.

Rasa dia sangat macam homecooked meal. tak ada rasa melekit di lidah, xde terlebih garam ke apa. Macam mak-mak punya masakan. Setiap hari akan ada menu yang berbeza-beza. Serious tak bosan.

And this is my meal today!




Thank you kakak dan abg COD. Usaha anda memberi kemudahan dalam pekerjaan saya.

Love,
Aishah

BAGAIMANA NAK TAHAN MENGANTUK TANPA MINUM KOPI?

July 24, 2018 0 Comments
Kita ni ada satu masalah tau..

Kita x boleh minum kopi. Kalau minum kopi akan rasa jantung berdebar, pening kepala rasa melayang-layang dan badan sgt x selesa. Sesak nafas pun ada.
Kopi adalah sejenis stimulant, however i find it too strong for me. maybe kita x boleh terima kandungan kafein dia yang tinggi kot.

Tapi, kita perlu sentiasa alert. Sebab kita kerja long hours. kadang-kadang 14 jam terus menerus. Adakala kita kerja malam. Macam mana??

I found a new alternative. yeayy!

CINCH TEA!!

Related image

Kita start consume Cinch tea sejak last week. Dan sepanjang bekerja tu kita rasa segar. Tak ada rasa mengantuk lepas lunch. Tak ada lagi nak berangan-angan. I've become more productive.

Masa kita drive ke penang sorang-sorang hari tu, actually kita baru habis kerja malam. Kita minum cinch tea 1 sachet campur dalam 1 gelas air masak and surprisingly no more microsleep. I can drive dengan sangat alert, tak ada rasa mata nak terpejam. Dah la jam dan sesat and lapar too.

U guys patut try jugak. Microsleep while driving is dangerous u know.

Cinch tea adalah campuran teh merah, teh hijau, teh putih dan beberapa jenis teh lain lagi. Cinch tea ni mengandungi taurine, itu yang meningkatkan alertness, lebih baik dari kafein. Selain tu cinch tea dapat meningkatkan metabolisma badan, so kalau korang nak kurus tu, better minum cinch tea.

Image result for cinch tea shaklee

Jom tengok, apa yang ada dalam cinch tea ni :

1) Green Tea
  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • meningkatkan metabolisma
  • bakar kalori 4 kali ganda lebih cepat


2) Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) White Tea
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • meningkatkan metabolisma
  • mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) Rooibos Red Tea
  • tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • melarutkan lemak
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
5) Red Tea
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol 
  • Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak
Hebat kan?

Senang nak bancuh cinch tea ni, sebab dia dalam bentuk sachet. Boleh bawak letak dalam handbag, koyak dan tuang dalam gelas air masak. Siap!



Untuk pembelian boleh klik di sini :


Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi boleh pm kita di link ini : www.wasap.my

Love, 
Aishah

LANGKAH MUDAH MENGAWAL JANGKITAN HFMD

July 24, 2018 0 Comments
HFMD ni lebih dikenali sebagai penyakit kuku, tangan dan mulut.

Sehingga post ni ditulis, dah ada lebih 35000 kes jangkitan HFMD dilaporkan di seluruh Malaysia. dan dah lebih 400 taska dan sekolah yang ditutup. Mak ayah memang risau belaka sekarang ni.


HFMD ni sebenarnya bawaan virus dan HFMD ni jugak senang sangat tersebar. seorang kanak-kanak boleh dijangkiti HFMD melalui sentuhan, samada secara langsung atau tidak langsung.






Kalau mak ayah lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan, HFMD boleh di bendung. tapi kadang-kadang mak ayah yang anak dijangkiti HFMD ni degil. Anak dapat MC, cuti kuarantin dibawa nya pergi jalan-jalan, pergi shopping dan main dekat taman permainan.

No!
this is wrong...

1. YANG UTAMA SEKALI PERLU KUARANTIN ANAK_ANAK YANG DIJANGKITI HFMD

Kuarantin maksudnya duduk di rumah diam-diam, makan ubat, makan makanan berkhasiat, bersihkan rumah dan tunggu sembuh.

Banyak sangat laporan kes HFMD ni berjangkit di taman permainan, baby chair restoren dan troli beli belah di pasaraya.

2. BERSIHKAN RUMAH

Jika ada ahli keluarga yang dijangkiti HFMD di rumah, bersihkan rumah, mop lantai dan cuci perabot menggnakan pencuci organik yang selamat.

Saya cadangkan Basic H.
Basic H ni di perbuat dari enzim jagung dan kelapa, tiada bahan kimia yang merbahaya. Selamat digunakan.
(tahukah mak ayah sekalian, pencuci yang ada bahan kimia mengeluarkan wasap yang boleh trigger asthma dan eczema)



Cadar dan selimut jangan di kongsi, sama juga dengan pinggan mangkuk, gelas dan cawan. Rendam semua mainan dengan pencuci organik.


Cara macam ni dapat mengelakkan anak lain dari turut dijangkiti.

3. CUCI TANGAN DAN ELAKKAN SENTUHAN

Sediakan hand sanitizer. cuci tangan bila bersalaman  atau bila terpegang kawasan2 awam, seperti meja makan di restoren, tandas awam atau sebagainya.

4. SAPU HERBAL BLEND PADA RUAM

Herbal blend shaklee dapat mengelakkan kegatalan, kurang risiko anak-anak menggaru dan ruam pada anak-anak lebih cepat kering. Anak-anak juga kurang berparut.



Jangan risau, herbal blend ni organik. Anak-amak yang ada eczema juga boleh guna, malah parut eczema pun cepat hilang dengan herbal blend Shaklee.

5. BERI ANAK-ANAK OMEGA 3 

Omega 3 meningkatkan daya tahan anak-anak bagi melawan penyakit. Imuniti yang kuat mempercepatkan proses penyembuhan dan dapat mengelakkan jangkitan.

Omega guard shaklee adalah pilihan yang terbaik.



Untuk dapatkan barangan penjagaan, pencuci, krim herbal blend serta suplemen shaklee, boleh hubungi saya.

Www.wasap.my/60134330203

Sayangi anak anda, stop HFMD!

Love,
Aishah





Monday, 23 July 2018

MAKAN SEDAP DI PENANG

July 23, 2018 0 Comments
Dalam previous post, kita dh cerita nasi kandar sedap yg boleh diterima tekak melayu kita ni.

Hari ni nak sambung sikit kita punya last day food hunt di penang.

Food hunt la sgt, 
Sebenarnya teringin je, sambil melayan kebosanan sebab datang penang sensorang.

Lepas je kita check out dari hotel. Terus kita waze astaka taman tun sardon.


Taman Tun Sardon ni kat bayan lepas, so bila nk menuju ke jambatan pulau pinang tu boleh la singgah kat sini.

Dekat sini famous dengan sarapan pagi citarasa melayu asli penang. Ada serabai, ada sandwich, dan yang paling istimewa nasi lemuni.

Kita dah lama tau kempunan nasi daun lemuni. Nasi ni makanan tradisi orang utara. Sedap! Tapi x ramai dh orang buat.

Sebab kan hari ni hari isnin, jadi tak banyak kedai yang bukak. So, korang beringat lah..kalau nak datang breakfast kat sini, jangan datang hari isnin tau. Rugi besar.....

Tapi....
Kita bernasib baik, sebab gerai jual nasi bungkus daun lemuni buka hari ni. Rm1.50 sebungkus. Ada lauk telur dan telur+ikan. Kita beli 4 bungkus, tapau untuk makan kat rumah nanti.


Nyums!
Kenapa ada ayam goreng?
Haaa....jap lagi kita cerita.

Depan astaka tu pulak ada gerai jual popia, gerainya baru nak set up jam 11 pagi. Tapi kita perati makcik tu prepare kuah popia basah, nampak sgt pekat dan menyelerakan. Jadi kita pun order lah rm6, dapat 12 ketul.



Memang sedap sungguh, kita tak tipu. Dalam kereta pun dah habis 4 ketul.


Dah makan baru fikir kalori. Total kalori popia basah ni dalam 160-200cal.

Di sebabkan dh alang-alang ada di penang ni, ada satu lagi tempat makan terakhir yg kita rasa perlu kita pi.

CARGAS CAFE!

Sebenarnya, kita terpengaruh dengan video 'laparpo'. Nampak surr sangat ayam goreng cargas cafe ni. So kita lajak ke depan sikit, tapi masih di area bayan lepas.



Cafe ni dok bawah fly over, tapi kalau waze akan sampai ja. Agak-agak nampak kereta banyak parking tepi jalan bawah fly over tu, itu lah dia.

Kita mai ni nak tapau ayam goreng ja. Gigih kan? Hahaha..



Ini lah dia, ayam goreng cargas kafe yang kita tapau untuk makan bersama nasi lemuni tu. Lauk2 lain pun nampak sedap. Tapi cukup lah ayam goreng untuk menghilangkan kempunan.

Ayam goreng dia rangup, berperisa dan besaq. 4 ketul rm16.80.

Kalau hangpa rasa teringin makan makanan melayu penang , dah muak makan nasi kandar, boleh la try makan di sini pulak.

Kita dah nak balik ni, next time kita angkut suami pulak JJCM di Penang k.

Love
Aishah