Wednesday, 8 August 2018

BAGAIMANA SAYA MELAWAN ECZEMA?

August 08, 2018 0 Comments
Eczema ni satu keadaan di mana kuli kita jadi sensitif terhadap sesuatu. Kulit tu kemudia akan gatal, kemerahan, melepuh dan bersisik.
Kita dah merasa eczema ni sejak kecil lagi. Yang paling ingat kulit kepala dan belakang telinga akan gatal, merah, bersisik. Betis pun sama, bertompok-tompok merah.

(macam ni la lebih kurang kulit kita, tapi lebih bersisik)

Ingatkan bila dah ke besar eczema akan go off, reda sendiri. Tapi tak! Eczema kita ni makin menjadi-jadi. Dekat muka, belakang, dada, lengan, belakang tangan, bawah perut...eh, merata. Kita pun stress tau wakk.

Bila kita travel ke tempat sejuk berangin, memang makin menjadi eczema ni. mungkin eczema ni nak keluar tengok dunia jugak kot.

Eczema dekat muka paling tak tahan tu. Bertompok kot. Kita tilik apa punca eczema kita dok naik. From what i notice, its weather and chemical. Kita suspek sabun dan shampu yang kita guna menyumbang banyak pada eczema ni. Sebab tu dekat badan, muka, belakng telinga eczema susah nak hilang.

So, what I did...
Kita tukar sabun yang kita biasa pakai. Selalunya kita pakai lifebuoy, kadang2 pakai protex. Sekarang kita pakai cetaphil cleanser. Kaya kan? mahai nau kulit kita ni. Cetaphil tu selalunya orang dok buat cuci muka saja, tapi kita buat cuci badan wakk. Fikir panjang masa nak beli kat watson tu, tapi Alhamdulillah eczema kita improve a lot kat belakang, lengan, dada...elok sangat.

(tak ada buih, means chemical dia sikit)

Next, kita tukar pencuci muka. Dahi kita bertompok dengan eczema scar, hypopigmentation dan bersisik. Kulit muka sensitif, berjerawat dan berminyak. Kita decide to take care of all the problem with 1 solution. YOUTH.




Youth ni memang ada standard yang sangat tinggi. Dihasilkan selepas 8 tahun kajian klinikal, dan bahan aktif YOUTH cuma daripada tumbuh-tumbuhan sahaja. Power kan. YOUTH pun hypoallergenic maksudnya dia tak akan menyebabkan sensitivity atau radang pada kulit, malah dia akan stabilkan sel-sel kulit. Eczema kita memang improve a lot, jerawat dan kulit kusam pun dah sangat elok. Kajian menunjukkan 100% pengguna YOUTH akan dapat kesan yang positif dengan penggunaan selama 21 hari, diorang dapat kulit yang lebih muda tau. 2/3 dari pengguna YOUTH dapat kulit yang 10 tahun lebih muda. 

Tona kulit lebih sekata, jerawat berkurang, tompok parut eczema hilang dalam 2 bulan



Lastly, kita ambil vitamin C dan Omega Guard. Vitamin C bagus membina imuniti, dan dia akan rangkaikan protein dan kolagen pada kulit supaya lapisan kulit kita lebih kuat. omega guard pula mengandungi minyak ikan yang berkualiti untuk melembabkan kulit dan mengelakkan radang. 

Kita memang prefer sustained released vit C shaklee ni berbanding jenama lain, sebab sumbernya dari jagung, tak buat gastrik. Tabah pula sistem sustained released membolehkan penyerapan maksimum. Jenama lain tak ada yang macam ni. 

Fish oil omega guard shaklee pulak memang world finest. kandungan DHA dan EPA nya paling tinggi di pasaran. Bukan semata-mata lemak sahaja. Sangat berkualiti.



This two supplements bukanlah ubat, nama pun supplemen kan. yang berdua ni akan memberi nutrisi kepada badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Dengan kata lain, badan kita akan mampu melindungi diri sendiri dari potensi-potensi eczema yang akan muncul.

Begitulah ceritanya.

Kita memang struggle a lot with eczema. pedih, gatal. Kerja dalam aircond pulak. Sometimes eczema scar bleed, tido malam merenyam. It hurts. To those yang suffer similar problem, we are in the same boat.

U can get the supplements and YOUTH from me. boleh contact kita www.wasap.my ok
I hope it can help u too...

Love, 
Aishah

Monday, 6 August 2018

ADA APA DI GUNUNG JERAI?

August 06, 2018 0 Comments
Haaaa!
Ada apa ????

Tak ada apa pun. Kita pergi jalan-jalan sambil dating dengan husband je. Biasalah, bila husband ada memang kita jadi clingy wife. Semua tempat kita nak ajak husband pi.

Semalam kta ajak husband pergi gunung Jerai. Actually tak jauh mana pun dari rumah kita. Dari Jitra cuma ambil masa setengah jam saja. Kita bertolak Jam 5pm, 5.30pm dah sampai.

Memang kitorang target nak tengok sunset dari Gunung Jerai. So the timing was just nice. Bila sampai tu kita ajak husband makan ABC salji di kaki Gunung Jerai dulu. ABC salji ni memang famous dan harga dia murah RM 3 saja. Nak datang sini boleh search ais kacang salji gunung jerai di google maps.


Selain ABC, gerai ni pun ada sediakan makanan lain yang agak berat. Ada set nasi dan sup, dan gulai ikan termenung jugak. Kita order cucur udang dan bihun sup. husband order kueteow sup. Semua sedap dan murah.


Dah kenyang makan baru kita gerak naik ke puncak Gunung Jerai. Jangan risau, korang tak perlu mendaki pun. Naik kereta saja. Tapi, nasib kita tak baik. Separuh perjalanan nak ke atas tu, perut kita meragam. tak tahan sungguh. Itu lah makan banyak lagi kan. Adoiii!
Nasiblah sempat sampai ke tandas di puncak gunung.



(muka lega lepas jumpa toilet)

Kitorang sampai just nice to view the sunset. Sampai dalam jam 7pm. Cahaya matahari dah kekuningan. orang pun tak ramai. We manage to find a spot to sit and enjoy the view. Sangat cantik, Subhanallah!









Habis ja matahari tenggelam , husband cepat-cepat ajak turun, risau nanti gelap bahaya pulak.

Sekejap je kat atas tu, tapi seronok dapat dating dengan suami. hari ni suami dah balik Ipoh. Ada rezeki nanti kita stay satu malam kat sini ya. Birthday treat ke kan...hehe

Love,
Aishah

NASI DAGING BAKAR PERLIS

August 06, 2018 0 Comments
Nama saja kerja di Perlis,
Tapi tak tahu tempat makan best di Perlis.

Orang negeri lain lagi terer tau. Maka pasrah saja la kita ni. Bukan apa, kita ni bukan jenis nak merayau kalau tak ada teman.

So kebetulan husband datang hujung minggu lepas, kita ambil kesempatan untuk ajak dia makan nasi daging. Kita upah husband sebab tunggu kita meeting lama. kesian dia, dari jam 11am-3pm dia tunggu. Itu pun kita dah lari awal, tak tunggu meeting habis. Husband siap boleh dobi baju lagi.

Perlis ni terkenal dengan nasi daging bakar kalau korang nak tahu. Sebab dia dah bersempadan dengan Thailand. memang sedap perapan daging bakar thailand ni. Ada satu gerai tu sebelah mcD Kangar memang sedap daging bakar dia. tapi cuma jual takeaway je. Dia tak ada kerusi meja untuk kita duduk dan makan.

Satu lagi tempat yang famous kita bawak husband is Gerai Daging Bakar Northalgia Honey Kuala Perlis. Gerai ni dekat je dengan tempat kerja kita, tapi kita tak pernah singgah. Kesian betul kita ni. Banyak di review, memang sedap katanya. So kita pun try lah.

Senang nak cari gerai ni. Cari menara tangki air di laluan lebuh raya arau-kuala perlis. Gerai tu betul2 berhadapan tangki air tu.

Yang menariknya gerai ni menyediakan nasi tambah FREE dan air pun FREE. So korang g kaunter order set nasi yang korang berkenan. Ada nasi daging bakar dan ayam bakar. Ada juga pilihan nasi putih atau nasi kuning. harga set biasa RM 11, dan set special RM 16. Yang special tu daging lebih.

Kita dgn husband order set nasi putih daging bakar biasa. Itu pun daging dia dah banyak melimpah ruah. Sup dia biasa agak tawar kita rasa, tapi sambal dia sangat sedap, cukup rasa Alhamdulillah. Nasi dia sikit je, tapi dia bagi nasi tambah free so, ok lah kan. Air dia free flow, tapi kita advice korang untuyk order air batu asing, sebab nanti air dia dh tak sejuk.

(nasi dia ciput je, tapi nasi tambah dia banyak)

Otherwise keseluruhan meal adalah sedap dan puas hati. Kenyang, boleh repeat. korang kalau datang perlis jangan lupa singgah sini ya.

Love,
Aishah

Monday, 30 July 2018

RESEPI POPIA OLD SCHOOL PALING MUDAH DAN SEDAP

July 30, 2018 0 Comments
Sebenarnya, kita teringin nak makan popia carbonara yang tengah viral tu.
Tapi kang kalau tak sedap macam mana.
Family kita bukan jenis yang suka mencuba makanan baru. Nanti takde orang makan pulak.

So kita pun decide untuk buat popia oldschool saja. Apasal oldschool?
Sebab ni popia basic je. Intinya mudah dan ringkas.




Bahan-Bahan :
1. Kulit popia
2. Bawang Holand 1/2 biji dipotong dadu ( kalau korang nak guna bawang negara lain pon boleh, xde masalah)
3. Karot sebatang di sagat halus
4. Sebiji sengkuang saiz kecil disagat halus
5. Daun sup potong halus
6. 1 kiub ayam
7. 1 sudu besar serbuk lada hitam
8. Ayam/ daging cincang 1/2 paket

Cara-Cara :
1. Panaskan 1 senduk minyak
2. tumis bawang holang.
3. Masukkan ayam/ daging cincang.
4. Masukkan sngkuang dan karot.
5. Masukkan kiub ayam dan lada hitam serta perasakan dengan garam.
6. Tabur daun sup
7. Bila dah sejuk bahan inti, boleh la mula menggulug popia ikut bentuk yang anda suka. ( gunakan bancuhan tepung jagung untuk lekatkan balutan popia ) boleh letakkan kepingan cheese kalau suka
8. Goreng popia, then siap untuk dimakan.




Simple je kan?
Bahan ni cukup untuk 50 biji popia. Korang boleh buat jual atau makan puas2. Selamat mencuba



**Tips untuk taknak bagi kulit popia keras masa kita tengah balut, kena tutupkan kulit popia dengan kain basah.

Love,
Aishah

Friday, 27 July 2018

HARI RAYA DI TIOMAN

July 27, 2018 0 Comments
Its been a long due post,

Dah nak masuk raya haji dah pun. Tapi lets make some time untuk tulis all this experience okay.
Kita jumpa husband kita pun masa pergi diving trip. Since then kita akan join husband kita dan kawan-kawan dia pergi menyelam. ( we even had underwater wedding ...sponsored by his friends). Diorang tubuhkan kelab menyelam "Nusantara Diver's Club". Kita tak adalah nak kata hobi sangat, cuma sekadar suka-suka.

So trip kali ni, kawan baik husband kita yang plan. Abg Lan had been his best buddy sinces ages, macam belangkas. Kita pun kadang-kadang jeles dengan Abg Lan.

So, off we go to Tioman!

Raya ke empat kitorang konvoi dari KL ke Jeti Tanjung Gemok. Total kitorang 6 buah kereta. Lalu ikut jalan kampung yang sunyi. Gerak pukul 12 malam, sampai jeti dalam jam 5pagi. Itu pun lepas beberapa pit stop untuk mengopi. Tugas kita menyanyi dalam kereta dan sembang with husband to keep him awake.






Kami pilih untuk stay di Salang. Sebab katanya Jeti Salang ada school of fish yang cantik. So shore dive will be worth it. Tiket dari Jeti Tanjung Gemok ke Jeti Salang RM 75 return. Feri dia macam feri langkawi, cuma lebih buruk kot. Kematu bontot sepanjang 2 jam perjalanan feri tu. tak tau lah berapa round tido. Ada option untuk feri yang lebih cantik tapi kena tempah awal dan lebih mahal lah.








Kami sampai di Salang jam 11 pagi. Menginap di Salang Mutiara. Bilik Fan RM55 dan bilik aircond RM 135. Kita pilih bilik aircond sebab kita ada instinct yang bilik kat sana will be musty and old. I was right. Memang bilik dia buruk, at least aircond room slightly better. Jauh pulak dari jeti. Kami kena menapak sampai lenguh kaki. Tapi kat situ ada privacy dan nasi goreng dia semua sedap.




So guys...I dont recommend Salang Mutiara. kalau korang nak pergi, maybe boleh try Salang Indah. Harga bilik adalah standard between RM135-200.

Kami dive dengan marinemonkees. Syok dive dengan diorg. Sangat profesional dan dive instructor AJ sangat best dan easy to get along with. Our first dive semestinya di Jeti Salang. Subhanallah, ikan sangat banyak!

The next morning, kitorang breakfast di medan selera sebelah jeti. nasi lemak kat situ sangat sedap okay. Tapi jangan pergi lambat, nanti habis.

On this 2nd day kami turun ke labas dan batu malang. We saw penyu and sotong, ada shark dan baracuda jugak, tapi kita tak nampak. I love the dive site, especially labas, sebab banyak gua, syok oo layan gua, towards the end kena current pulak. kita kayuh punya kayuh tapi tak lepas nak masuk gua. My husband signal yang his oksigen dah 50, so kita pun ambil keputusan untuk resurface dengan dia.





The next day is the day yang kitorang semua decide untuk pakai baju kebangsaan turun ke laut. Our dive spot for 3rd day is Renggis. Meriah dan havoc. Renggis banyak coral cantik. Tapi when we resurface, hujan lebat menanti. Dengan kilat sabung menyabung. Seram jugak, tapi seronok. Ini 1st time merasa hujan ribut di tengah laut.










Petang nya kitorang layan bawah jeti salang sekali lagi, sebab Zaraa anak Abg Lan nk buat discovery scuba. Power Zaraa.






Oh, time last dive ni la jugak, kita lupa buka tank oksigen dan hampir lemas. Nasib baik la kat jeti je, kita kayuh slow2 naik ke jeti untuk buka tank before turun semula. Dan bila turun tu I was alone, time ni bebai dengan husband. Bila kita sampai kat husband kita sembunyi bawah tiang jeti, sambil air mata penuh dalam mask, tak nak kawan dengan dia. Husband datang tarik tangan kita, pegang tak lepas. Bila di fikirkan balik, kelakar pun ada...haha!

Aktiviti malam terakhir adalah, BBQ! yeayy... I love makan-makan. Dive centre tu ada bagi beberapa ekor ikan, sedap makan ikan fresh dari laut. Kitorang berborak sampai tengah malam dan main mercun.



Next day, kemas-kemas dan catch the afternoon ferry jam 1 tengahari. Tamatlah sudah dive raya kami. I miss all of them, diorg macam family. Until next time.

(most of my picture dlm pendrive, hmm...where is it?)

Love,
Aishah


Thursday, 26 July 2018

BUNGA AJAIB AHLI SIHIR

July 26, 2018 0 Comments
Korang pernah tengok 'tangled'?

Dalam cerita tu ada seorang ahli sihir tua ni yang akan menyanyi-nyanyi pada sekuntum bunga sambil sapu aura bunga tu ke muka. Selepas beberapa minit kulit muka ahli sihir yang berkedut tu bertukar jadi cantik, muda remaja.

Image may contain: 1 person, night

Image may contain: 1 person, smiling, night and fire

Sejak zaman dulu-dulu lagi manusia dah menggunakan kuasa bunga atau ekstrak tumbuhan sebagai bahan antipenuaan. Walaupun di zaman moden ni, kajian menunjukkan bunga-bungaan memang mempunyai bahan aktif yang boleh meremajakan kulit.

YOUTH dari Shaklee telah terhasil setelah 8 tahun kajian klinikal. YOUTH terhasil dengan kuasa botani, yang hanya menggunakan 100% bahan aktif dari tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.





Salah satu daripada bunga-bungaan dalam YOUTH adalah Lotus Japonicus. Mengikut kajian, ekstrak dari bunga ini mampu mengaktifkan protein youth yang penting untuk penghasilan kolagen dan elastin.


                           Image may contain: flower, plant and nature   
                             (sama tak macam bunga ahli sihir?)
             Image may contain: text

YOUTH bebas dari bahan kimia, malah YOUTH ni tak ada 2500 bahan kimia yang kita selalu jumpa dalam skincare harian tu. Tapi YOUTH masih mampu memberi kesan yang sangat power kepada kulit kita. Macam magik!



Sebabnya, kesemua tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang Shaklee pilih untuk menghasilkan YOUTH adalah tumbuhan dan bunga yang power. Yang ditanam secara organic, bersumberkan semulajadi tidak mengandungi racun, dituai pun secara organik. Hanya bahan-bahan berkualiti sahaja dipilih. Shaklee tak berkompromi dalam kualiti.







Hasilnya, setelah 8 tahun kajian klinikal tyang terperinci 100% wanita yang menggunakan YOUTH mendapat kulit yang lebih muda. 2 dari 3 orang dari mereka dapat kulit 10 tahun lebih muda tau. Dan tahap keremajaan kulit diorang ni diukur secara objektif menggunakan  "Skin Age Index" yang mana YOUTH menrupakan satu-satunya skincare yang jadikan skin age index ni sebagai penanda aras.

Formulasi YOUTH ni dah dipatenkan tau. Secara keseluruhan YOUTH ada 8 paten dan patent-pending. Jadi korang tak akan dapat kualiti yang sama dari mana-mana produk skincare yang lain.

Kita dah pakai 6 bulan tau, and I'm loving it!


Image may contain: 2 people, people smiling, text

PM kita di link ni untuk pembelian atau maklumat lanjut : www.wasap.my

**YOUTH adalah produk premium, kualiti tak tertanding dengan produk tempatan apatah lagi produk timbang kilo. You will pay for the quality and i'm sure u will be one happy customer.


Love,
Aishah