Wednesday, 8 August 2018

BAGAIMANA SAYA MELAWAN ECZEMA?

August 08, 2018 0 Comments
Eczema ni satu keadaan di mana kuli kita jadi sensitif terhadap sesuatu. Kulit tu kemudia akan gatal, kemerahan, melepuh dan bersisik.
Kita dah merasa eczema ni sejak kecil lagi. Yang paling ingat kulit kepala dan belakang telinga akan gatal, merah, bersisik. Betis pun sama, bertompok-tompok merah.

(macam ni la lebih kurang kulit kita, tapi lebih bersisik)

Ingatkan bila dah ke besar eczema akan go off, reda sendiri. Tapi tak! Eczema kita ni makin menjadi-jadi. Dekat muka, belakang, dada, lengan, belakang tangan, bawah perut...eh, merata. Kita pun stress tau wakk.

Bila kita travel ke tempat sejuk berangin, memang makin menjadi eczema ni. mungkin eczema ni nak keluar tengok dunia jugak kot.

Eczema dekat muka paling tak tahan tu. Bertompok kot. Kita tilik apa punca eczema kita dok naik. From what i notice, its weather and chemical. Kita suspek sabun dan shampu yang kita guna menyumbang banyak pada eczema ni. Sebab tu dekat badan, muka, belakng telinga eczema susah nak hilang.

So, what I did...
Kita tukar sabun yang kita biasa pakai. Selalunya kita pakai lifebuoy, kadang2 pakai protex. Sekarang kita pakai cetaphil cleanser. Kaya kan? mahai nau kulit kita ni. Cetaphil tu selalunya orang dok buat cuci muka saja, tapi kita buat cuci badan wakk. Fikir panjang masa nak beli kat watson tu, tapi Alhamdulillah eczema kita improve a lot kat belakang, lengan, dada...elok sangat.

(tak ada buih, means chemical dia sikit)

Next, kita tukar pencuci muka. Dahi kita bertompok dengan eczema scar, hypopigmentation dan bersisik. Kulit muka sensitif, berjerawat dan berminyak. Kita decide to take care of all the problem with 1 solution. YOUTH.




Youth ni memang ada standard yang sangat tinggi. Dihasilkan selepas 8 tahun kajian klinikal, dan bahan aktif YOUTH cuma daripada tumbuh-tumbuhan sahaja. Power kan. YOUTH pun hypoallergenic maksudnya dia tak akan menyebabkan sensitivity atau radang pada kulit, malah dia akan stabilkan sel-sel kulit. Eczema kita memang improve a lot, jerawat dan kulit kusam pun dah sangat elok. Kajian menunjukkan 100% pengguna YOUTH akan dapat kesan yang positif dengan penggunaan selama 21 hari, diorang dapat kulit yang lebih muda tau. 2/3 dari pengguna YOUTH dapat kulit yang 10 tahun lebih muda. 

Tona kulit lebih sekata, jerawat berkurang, tompok parut eczema hilang dalam 2 bulan



Lastly, kita ambil vitamin C dan Omega Guard. Vitamin C bagus membina imuniti, dan dia akan rangkaikan protein dan kolagen pada kulit supaya lapisan kulit kita lebih kuat. omega guard pula mengandungi minyak ikan yang berkualiti untuk melembabkan kulit dan mengelakkan radang. 

Kita memang prefer sustained released vit C shaklee ni berbanding jenama lain, sebab sumbernya dari jagung, tak buat gastrik. Tabah pula sistem sustained released membolehkan penyerapan maksimum. Jenama lain tak ada yang macam ni. 

Fish oil omega guard shaklee pulak memang world finest. kandungan DHA dan EPA nya paling tinggi di pasaran. Bukan semata-mata lemak sahaja. Sangat berkualiti.



This two supplements bukanlah ubat, nama pun supplemen kan. yang berdua ni akan memberi nutrisi kepada badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Dengan kata lain, badan kita akan mampu melindungi diri sendiri dari potensi-potensi eczema yang akan muncul.

Begitulah ceritanya.

Kita memang struggle a lot with eczema. pedih, gatal. Kerja dalam aircond pulak. Sometimes eczema scar bleed, tido malam merenyam. It hurts. To those yang suffer similar problem, we are in the same boat.

U can get the supplements and YOUTH from me. boleh contact kita www.wasap.my ok
I hope it can help u too...

Love, 
Aishah

Monday, 6 August 2018

ADA APA DI GUNUNG JERAI?

August 06, 2018 0 Comments
Haaaa!
Ada apa ????

Tak ada apa pun. Kita pergi jalan-jalan sambil dating dengan husband je. Biasalah, bila husband ada memang kita jadi clingy wife. Semua tempat kita nak ajak husband pi.

Semalam kta ajak husband pergi gunung Jerai. Actually tak jauh mana pun dari rumah kita. Dari Jitra cuma ambil masa setengah jam saja. Kita bertolak Jam 5pm, 5.30pm dah sampai.

Memang kitorang target nak tengok sunset dari Gunung Jerai. So the timing was just nice. Bila sampai tu kita ajak husband makan ABC salji di kaki Gunung Jerai dulu. ABC salji ni memang famous dan harga dia murah RM 3 saja. Nak datang sini boleh search ais kacang salji gunung jerai di google maps.


Selain ABC, gerai ni pun ada sediakan makanan lain yang agak berat. Ada set nasi dan sup, dan gulai ikan termenung jugak. Kita order cucur udang dan bihun sup. husband order kueteow sup. Semua sedap dan murah.


Dah kenyang makan baru kita gerak naik ke puncak Gunung Jerai. Jangan risau, korang tak perlu mendaki pun. Naik kereta saja. Tapi, nasib kita tak baik. Separuh perjalanan nak ke atas tu, perut kita meragam. tak tahan sungguh. Itu lah makan banyak lagi kan. Adoiii!
Nasiblah sempat sampai ke tandas di puncak gunung.



(muka lega lepas jumpa toilet)

Kitorang sampai just nice to view the sunset. Sampai dalam jam 7pm. Cahaya matahari dah kekuningan. orang pun tak ramai. We manage to find a spot to sit and enjoy the view. Sangat cantik, Subhanallah!









Habis ja matahari tenggelam , husband cepat-cepat ajak turun, risau nanti gelap bahaya pulak.

Sekejap je kat atas tu, tapi seronok dapat dating dengan suami. hari ni suami dah balik Ipoh. Ada rezeki nanti kita stay satu malam kat sini ya. Birthday treat ke kan...hehe

Love,
Aishah

NASI DAGING BAKAR PERLIS

August 06, 2018 0 Comments
Nama saja kerja di Perlis,
Tapi tak tahu tempat makan best di Perlis.

Orang negeri lain lagi terer tau. Maka pasrah saja la kita ni. Bukan apa, kita ni bukan jenis nak merayau kalau tak ada teman.

So kebetulan husband datang hujung minggu lepas, kita ambil kesempatan untuk ajak dia makan nasi daging. Kita upah husband sebab tunggu kita meeting lama. kesian dia, dari jam 11am-3pm dia tunggu. Itu pun kita dah lari awal, tak tunggu meeting habis. Husband siap boleh dobi baju lagi.

Perlis ni terkenal dengan nasi daging bakar kalau korang nak tahu. Sebab dia dah bersempadan dengan Thailand. memang sedap perapan daging bakar thailand ni. Ada satu gerai tu sebelah mcD Kangar memang sedap daging bakar dia. tapi cuma jual takeaway je. Dia tak ada kerusi meja untuk kita duduk dan makan.

Satu lagi tempat yang famous kita bawak husband is Gerai Daging Bakar Northalgia Honey Kuala Perlis. Gerai ni dekat je dengan tempat kerja kita, tapi kita tak pernah singgah. Kesian betul kita ni. Banyak di review, memang sedap katanya. So kita pun try lah.

Senang nak cari gerai ni. Cari menara tangki air di laluan lebuh raya arau-kuala perlis. Gerai tu betul2 berhadapan tangki air tu.

Yang menariknya gerai ni menyediakan nasi tambah FREE dan air pun FREE. So korang g kaunter order set nasi yang korang berkenan. Ada nasi daging bakar dan ayam bakar. Ada juga pilihan nasi putih atau nasi kuning. harga set biasa RM 11, dan set special RM 16. Yang special tu daging lebih.

Kita dgn husband order set nasi putih daging bakar biasa. Itu pun daging dia dah banyak melimpah ruah. Sup dia biasa agak tawar kita rasa, tapi sambal dia sangat sedap, cukup rasa Alhamdulillah. Nasi dia sikit je, tapi dia bagi nasi tambah free so, ok lah kan. Air dia free flow, tapi kita advice korang untuyk order air batu asing, sebab nanti air dia dh tak sejuk.

(nasi dia ciput je, tapi nasi tambah dia banyak)

Otherwise keseluruhan meal adalah sedap dan puas hati. Kenyang, boleh repeat. korang kalau datang perlis jangan lupa singgah sini ya.

Love,
Aishah