Sunday 24 March 2019

# general knowledge # tips kesihatan

SAKIT BADAN?? BAGAIMANA NAK ELAK...

Assalamualaikum..

Hi again,
Sekarang ni Aishah tengah hadiri kursus kesihatan pekerjaan.

In one of the lecture by Dato Dr. Yee Thiam Sun, dia ada bercerita tentang kisah pesakit dia dulu. Pesakit dia seorang lelaki Jerman. Secara general nya, lelaki Jerman ni tak ada penyakit yang serius, tapi dia mengadu selalu sakit badan sana sini, tidak lah kuat, tapi cukup tak selesa. Dr Yee rawat dia hampir dua minggu, tapi tak jugak reda.

Satu hari, lelaki Jerman ni datang balik jumpa Dr. Yee saying he is better. How?
Dia terbaca dalam satu artikel berbahasa Jerman, yang badan manusia mengandungi caj elektrik statik. Kalau caj ni tak di bumikan, ia akan menyebabkan gangguan pada proses semulajadi tubuh. Jadi lelaki Jerman ni mula berjalan kaki ayam di atas pasir dan rumput, dan to his suprise, sakit-sakit badan dia reda.



Pernah tak lepas kita keluar dari kereta yang bergerak, nk tutup pintu kereta tiba-tiba rasa renjatan halus?
Sebenarnya setiap yang ada di alam ni ada energy. Energy ni terhasil dari geseran caj positif dan negative (proton dan elektron). Dalam badan kita pun sama, sodium, potasium juga adalah caj. Ke seimbangan caj-caj ni sangat penting. Apabila kita berjalan, berlaku geseran dan pertukaran caj antara kasut dan lantai. dengan cara ini kita kumpul caj yang banyak dari persekitaran. Begitu juga bila kita bersalaman, kita berjalan di tempat yang sesak dan menggunakan gajet.

Caj-caj yang terkumpul ni bertindak balas dengan caj sedia ada dalam badan kita dan menggangu kontraksi otot. Jika caj-caj berlebihan ni tak di bumikan, kita akan rasa sakit badan, tegang otot, letih dan macam-macam simptom yang tak spesifik.

Dan bagaimana nak bumikan caj ni?
Berjalan kaki ayam di atas pasir dan rumput, macam lelaki Jerman tadi. Itu adalah cara yang sangat bagus.
Bila last time korang buat macam ni?

Korang boleh try pakai air humidifier kat rumah, sebab udara yang kering lebih cepat menghasilkan tenaga statik berbanding udara yang lembut. Dan pakai jugak lotion pada kulit sebagai barrier antara kulit dan persekitaran untuk kurangkan geseran caj-caj ni.

Sebagai ingatan. Apa yang kita kongsikan ni cumalah hasil bacaan peribadi kita saja. Bukan berdasarkan research paper atau artikel saintifik. Tapi tak salah kita menggunakan akal logik untuk berfikir untuk membawa lebih kebaikan pada diri dan orang lain. 

Orang Malaysia ni kadang-kadang susah nak menerima percanggahan pendapat. Asalkan dan memudaratkan, apa salahnya kita raikan ilmu dan pendapat orang juga kan. Wallahualam.

Loves,
Aishah

No comments:

Post a Comment