Tuesday 26 March 2019

IKEA BATU KAWAN

March 26, 2019 0 Comments
Assalamualaikum...
Hi,

Masih di Penang. Last post Aishah ada cerita yang kita check in kat Hotel Sunway Seberang Jaya kan. After check in, kita konon-konon nak buat ramai di IKEA Batu Kawan yang baru bukak tu.

Alang-alang dah sampai Penang kan, apa salahnya lajak sikit. Hmmm....bukan sikit ya, jauh betul kita terlajak.
Terlajak simpang sampai naik Jambatan Pulau Pinang. Dah la di waktu puncak. Jam yang amat sangat.

Dont worry, jangan stress ya kawan-kawan. Lets make this as an opportunity to eat nasi kandar!

Dan beraturlah kita di Deen Maju. Kenyangkan perut dulu.

Sayang sekali, telur sotong favourite kita dah habis. 

On the way back, untuk elakkan jam, kita lalu jambatan kedua. Lengang, boleh baring tengah jalan.

Akhirnya, its IKEA!
Dah seminggu lepas pembukaan, tak ramai sangat orang, senang parking, cuma masa nk bayar kena beratur sket.

Selpii dulu...

Cantik, macam nk beli semua set. Oh, i wish!

Cuci mata saja

Dream kitchen.

So, if korang nak datang IKEA, jangan risau. Tak perlu bersesak. Kadar kesesakan masih boleh di terima akal dan tidak merbahaya kepada kesihatan.

Loves,
Aishah

Monday 25 March 2019

HELLOO AGAIN PENANG!

March 25, 2019 0 Comments
Assalamualaikum...
Hi!

Kita rasa, kita dah boleh berumah di Penang agaknya. Almost every month kita datang Penang, untuk kursus, jalan-jalan dan sesat..haha.

So this time kita datang untuk kursus 3 hari. Dan kita sangat excited sebab Ikea baru buka di Batu Kawan. Nak pergi...!

Kita menginap di Sunway Hotel. Last month pun kita menginap di sini jugak. Sunway sangat best, sebab walking distant je dengan Sunway Velocity Mall. Tempat makan pun banyak kat area ni. Dan jaraknya sangat dekat dengan tempat kursus NIOSH Seberang Jaya.

Kunjungan kali ni lebih menarik. Kita dapat upgrade ke King deluxe room. Kita kalau nak pilih hotel, mesti nak katil besar, choice breakfast yang sedap dan senang nak melepak. Sunway penuhi semua ciri-ciri ni.

Ni muka tak tido 24 jam, kena pulak drive lebih 2 marhalah. Pewai dah...nasib la bilik selesa, Alhamdulillah.

King bed yang sangat empuk. Bantal 4 bijik semua kita punya.




They refill the minibar everyday during housekeeping.

Dont worry, minibar is FREE!


Malam adalah masa untuk bermalas-malas, tapau nasi makan sambil tengok movie.


Choices of breakfast kena dengan selera Melayu kita...hiks!

Next time I will definitely choose Sunway Hotel again during my visit to Seberang Jaya. Great hospitality, dari guard, valet, reception, waiter, housekeeping...semua lah. Good job!

Loves,
Aishah

Sunday 24 March 2019

SAKIT BADAN?? BAGAIMANA NAK ELAK...

March 24, 2019 0 Comments
Assalamualaikum..

Hi again,
Sekarang ni Aishah tengah hadiri kursus kesihatan pekerjaan.

In one of the lecture by Dato Dr. Yee Thiam Sun, dia ada bercerita tentang kisah pesakit dia dulu. Pesakit dia seorang lelaki Jerman. Secara general nya, lelaki Jerman ni tak ada penyakit yang serius, tapi dia mengadu selalu sakit badan sana sini, tidak lah kuat, tapi cukup tak selesa. Dr Yee rawat dia hampir dua minggu, tapi tak jugak reda.

Satu hari, lelaki Jerman ni datang balik jumpa Dr. Yee saying he is better. How?
Dia terbaca dalam satu artikel berbahasa Jerman, yang badan manusia mengandungi caj elektrik statik. Kalau caj ni tak di bumikan, ia akan menyebabkan gangguan pada proses semulajadi tubuh. Jadi lelaki Jerman ni mula berjalan kaki ayam di atas pasir dan rumput, dan to his suprise, sakit-sakit badan dia reda.



Pernah tak lepas kita keluar dari kereta yang bergerak, nk tutup pintu kereta tiba-tiba rasa renjatan halus?
Sebenarnya setiap yang ada di alam ni ada energy. Energy ni terhasil dari geseran caj positif dan negative (proton dan elektron). Dalam badan kita pun sama, sodium, potasium juga adalah caj. Ke seimbangan caj-caj ni sangat penting. Apabila kita berjalan, berlaku geseran dan pertukaran caj antara kasut dan lantai. dengan cara ini kita kumpul caj yang banyak dari persekitaran. Begitu juga bila kita bersalaman, kita berjalan di tempat yang sesak dan menggunakan gajet.

Caj-caj yang terkumpul ni bertindak balas dengan caj sedia ada dalam badan kita dan menggangu kontraksi otot. Jika caj-caj berlebihan ni tak di bumikan, kita akan rasa sakit badan, tegang otot, letih dan macam-macam simptom yang tak spesifik.

Dan bagaimana nak bumikan caj ni?
Berjalan kaki ayam di atas pasir dan rumput, macam lelaki Jerman tadi. Itu adalah cara yang sangat bagus.
Bila last time korang buat macam ni?

Korang boleh try pakai air humidifier kat rumah, sebab udara yang kering lebih cepat menghasilkan tenaga statik berbanding udara yang lembut. Dan pakai jugak lotion pada kulit sebagai barrier antara kulit dan persekitaran untuk kurangkan geseran caj-caj ni.

Sebagai ingatan. Apa yang kita kongsikan ni cumalah hasil bacaan peribadi kita saja. Bukan berdasarkan research paper atau artikel saintifik. Tapi tak salah kita menggunakan akal logik untuk berfikir untuk membawa lebih kebaikan pada diri dan orang lain. 

Orang Malaysia ni kadang-kadang susah nak menerima percanggahan pendapat. Asalkan dan memudaratkan, apa salahnya kita raikan ilmu dan pendapat orang juga kan. Wallahualam.

Loves,
Aishah

Saturday 23 March 2019

REZEKI : INDAHNYA BERBAIK SANGKA DENGAN TUHAN

March 23, 2019 0 Comments
Assalamualaikum..

<this is an overdue post>

Hi guys,
Ada ka yg menunggu nak baca cerita kita ni?

😁

Initially kita plan nk tulis tentang recent trip kita dgn husband ke Bangkok. Tapi mcm belum dtg lagi mood nak menulis tu.

Tapi hari ni kita nak share sesuatu yang kita rasa sgt penting, dan mungkin org kat luar sana boleh relate. Zaman sekarang ni, duit tu memang satu keperluan yang penting kan. Kita rasa semua pun setuju dengan statement ni. Ada masa, kita akan berkira- kira dan ada stumble here and there dengan kewangan, tak kira lah berapa banyak gaji kita pun.

Sama lah.
Kita pun ada moment-moment macam tu jugak. Bila ada keperluan mendadak nak pakai duit itu ini, dan masa tu la kita tak dapat cari wang extra sebab ada kekangan masa dan keluarga. Kita pernah bebai dan masam muka dengan suami sebab kewangan jugak. Biasa lah kehidupan berumah tangga , hal-hal kecik pun jadi isu kan.




Then, kita tersedar..
Rezeki tu datang bukan sebab kita cari, tapi sebab Allah yang nak bagi. Allah yang memberi Rezeki, Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kalau kita buat benda yang Allah suka, mesti Allah akan bagi kita rezeki. Kita pun yakin lah dengan tu. Salah satu caranya adalah dengan membahagiakan suami dan mak ayah. Kita pun doa " Ya Allah, jika dengan membahagiakan suami, mak dan ayah dapat membuatkan Engkau redha pada ku, maka bukakanlah pintu rezeki ku"

So, masa birthday suami kita sepatutnya kerja. Nilai kerja pada hujung minggu tu agak banyak. At first kita bagi tau husband, kita tak dapat sambut birthday dia sebab kena kerja. Husband cakap its ok, dia x kisah pun. Lagipun dia dh tua nak sambut birthday ni. Tapi deep down, kita macam perasan dia mengharap kita datang jumpa dia. At last, kita pun minta orang gantikan kerja kita tu dan for all i know, i dah ada depan husband. He was happy, i can see. Dalam hati, tak apa lah tak dapat rm XXXX, at least hari ni kita dapat buat husband kita happy.

Life goes on...
Until today, kita minta kawan kita check kan elaun bulan ni. U know what, it was double from what i had expected. macam seolah-olah i tak lost pun rmXXXX tu, even kita dapat lebih lagi. Kemudian, kita check pulak akaun bank, sebab kita nak beli skirt online nak tau la jugak baki ada berapa, kang tak cukup pulak. Dalam akaun tu sepatutnya ada beberapa ratus saja, kita guna akaun tu hanya untuk transaksi rasmi macam bil, pelaburan dan insurans selalunya. Betapa terkejutnya kita, tiba-tiba ada new transaction beberapa ribu ringgit was credited to my account!


Sujud syukur...
I remember my doa hari tu. Ya Allah, ikhlaskanlah hati ku untuk terus membahagiakan suamiku dan ibu bapa ku. Mungkin Allah datangkan rezeki ni dengan asbab suami. Semoga hati ini tak sombong dengan kurniaan Mu...Amin, ya rabb.

Love,
Aishah


Friday 22 March 2019

GERAI UDANG GALAH AZIZAH ROMPIN PAHANG

March 22, 2019 0 Comments
Wow!

Fuhh...habuk...habuk!
Dah berapa lama Aishah tak bukak blog ni...hahaha.

Maaf ya,

Actually kita ada buat draf untuk review gerai udang galah di Rompin. I am so excited to write about it hari tu. So kita dah tulis tajuk siap2, tapi lupa pulak nak karang. After a few hectic week, terus berhabuk blog ni kan.

So, kalau korang masih ingat, kita ada tulis pasal our diving trip ke Tioman here. Back from the trip, one of our friend cadangkan kami singgah makan udang galah. Kalau Temerloh terkenal dengan ikan patin, Rompin pula terkenal dengan udang galah rupanya. oh, i love pahang food...tiba-tiba teringat gulai tempoyak ikan patin panas makan dengan nasi putih. Ya Allah, ngences!

Jeti Tanjung Gemok dah tak jauh dah dengan Rompin tu. Antara kedai udang galah yang terkenal adalah GERAI UDANG GALAH AZIZAH. Korang boleh waze ya nanti.


Kedai Mak Ngah tutup masa kitorang g tu, Tapi orang memang sgt ramai.



Pilihan lauk memang sangat banyak, terutama yang berasaskan udang galah. Harga agak berpatutan jugak. Kalau set makanan untuk 2 org makan dalam RM60-70 kalau tak salah kita. Ada 1 pilihan lauk udang galah, telur masin, ulam-ulam, nasi dan air. 
Tapi kali ni ada orang belanja....oh, bahagia!

Setiap keluarga order satu set.

Kita ngan husband order udang galah masak cili

Yang ni udang galah goreng pedas agaknya ( abaikan muka husband kita yang macam kartun)

Ni saiz udang galah, dibandingkan dengan saizz model...haha, sory KakNor.

Alhamdulillah, semua orang kenyang dan puas hati. Kitorang balik konvoi dengan gembira. Jumpa lagi ya udang galah Rompin. We misses u!

Loves.
Aishah